Bila Tuhan katakan tidak pada pilihan kita....(sharing unty saloon pasal cinta dia)

Shallom :)
Ini cerita kisah benar.. yang sa dapat masa sa pigi kasi lurus rambut masa di pekan ranau yang baru2. :)

Masa jalan di pekan, sa tida tau masa satu kedai saloon yang sa mau pigi. Jadi sa berdoa dalam hati, supaya Tuhan bagi petunjuk mana tempat yang bagus. Jadi.. sa jalan-jalan pigi kedai yang tempat sa pigi ribonding masa sa tingkatan lima dulu. Tapi ramai btl orang.. jadi. sa jalann lagi pigi cari salun terus sa sampai di satu kedai yang pertama kali sa nampak dan tu kedai kosong. Sa nampak ni unty duduk sedang makan saturang dalam kedai dia. Jadi sa masuk tu kedai, sa cakap tu unty.. "palan-palan unty, kasi habis dulu makan". Tapi dibilang, nanti dia sambung makan.. terus dia suruh sa duduk di kerusi lepastu dia kasi ubat rambut. Lepastu dia sambung makan..

Terus masa ni unty kasi lurus sa punya rambut.. cerita2 banyak perkara.. tapi tlampau banyak cerita sebab berjam-jam mo kasi siap ni rambut. Jadi.. tiba-tiba ada topik tu unty kasi cerita dia punya cerita cinta.

Cerita dia macam ini...
         
            Pada suatu masa dahulu, masa dia masi belajar dan mau kerja sudah. Ada satu tanak wagu dia @ boyfriend kerja peguam. Durang ini suka sama suka. Tapi masalahnya durang berlainan agama. Ni unty Kristian, boyfriend dia agama Islam. Jadi.. durang memang serius sudah la hubungan durang. Jadi, ni unty kasi cerita sama mama dia yang dia mau sama-sama ni lelaki. Lepastu ni mama bilang.."boleh juga kalau tu lelaki sanggup masuk agama kita". Jadi, ni unty cakap lah sama ni lelaki, trus tu lelaki kasi ok sudah dan dia mau jumpa pastor. Tu unty pigi cakap lagi sama mama dia. Terus tu mama dia cakap "janganlah, jangan kasi jumpa sebab takut ada yang tidak bagus berlaku". Terus ni unty kecewa lah sebab mama dia cakap begitu tapi dia dengar juga cakap mama dia. Terus susah hati tu unty. Jadi dia berdoa sama Tuhan.. minta petunjuk/tanda. Lepas dia berdoa.. tiba-tiba tu lelaki tidak lagi hubung dia. Jadi itulah tanda yang Tuhan bagi. Jadi tu unty pun ok sjala.. dia kasi biar berlalu saja...

             Beberapa lama lepas tu.. tu unty tejumpa balik sama tu bekas boyfriend dia yang peguam. Terus tu peguam telepas cakap yang..kalau dulu dia masuk kristian.. lepas kawin dia boleh masuk Islam balik dibilang. Terus ni unty kasitau sa "patutlah sa susah hati dulu, rupanya Tuhan bagi tanda.. yang ni lelaki memang bukan untuk saya".. Jadi lepastu, dia tidak lagi behubung sama ni lelaki.

              Akhirnya, unty ni berkawan dengan seorang lelaki.. biasa-biasa saja. Tapi itu yang jadi suami dia sekarang. Hehe. Tu lelaki seorang Kristian tapi belum lahir baru. Ni unty cakap,  dia sedih sebab macam dia yang jadi kepala keluarga yang membawa berdoa. Sembayang makan pun suami dia tidak tahu dibilang.. dan.. nasihat dia sama sa..
 "bagus lagi cari yang sama-sama pigi gereja, yang sama-sama sudah lahir baru. senang mau berbincang kalau ada hal yang mau dibincang sebab penuh kasih tolak ansur".  
 Nasihat-nasihat daripada orang yang lebih tua amat sa hargai, kerana sa perlu belajar dari pengalaman orang lain. Didikan ini bagi saya, bukan kebetulan tapi Tuhan sudah aturkan langkah saya untuk sampai ke kedai unty tersebut dan mendengar pengalaman dia dalam bercinta. Harapan sa pada masa akan datang, sa akan dapat belajar lebih banyak daripada orang lain.


 Apa yang sa dapat belajar dari pengalaman cinta ni unty ialah =

1. Apabila Tuhan mengatakan tidak pada pilihan kita, itu adalah kerna Dia ada yang lebih baik daripada pilihan kita. Jadi, perlu belajar untuk taat.


2. Cari pasangan yang sudah lahir baru. :) Yang boleh pimpin keluarga untuk berdoa dan hidup dalam doa.

3. Bila sesuatu perkara terjadi yang tidak kita fahami. Tidak perlu memaksa waktu, memaksa Tuhan untuk beritahu sebab hal tersebut terjadi. Kerana pada masa mendatang baru kita faham kenapa kita mengalami perkara tersebut. Mengalami baru mengetahui sebab. Itu normal.

4. Pasangan yang dipilih mempengaruhi corak hidup pada masa kehidupan berumahtangga. Carilah yang boleh diharap, supaya boleh melayani bersama. Saling memahami.

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life