Bagaimana Membangun Dasar.

Pengkhotbah : Pst Joe
Tarikh           : 1 November 2015
Tempat         : BWCC KK

Bergiatlah bertemu dengan orang-orang percaya kerana merekalah yang selalunya akan memberkati hidup kita. Ada ramai orang baik di luar sana tetapi ada juga yang baik-baik rupawan.

5 ciri bagaimana membangun dasar yang teguh. Matius 7: 24-25

1. DIBANGUN DI ATAS BATU.

Apapun yang anda bangunkan pada hari ini apakah itu bisnes, pelajaran, pekerjaan, perhubungan.. dasar yang kukuh perlu anda temukan.. apakah hidup kita dibangun pada dasar yang teguh iaitu Yesus. Letakkan imanmu pada dasar iman kepada Yesus. Ada orang sebelah kakinya bergantung pada dunia, sebelah pada Yesus.. lalu kehidupan orang tersebut tidak stabil.. jadi seperti dalam lagu goyang dumang.. haha.
Maz 127:1

2. MEMBANGUN DAN DIBENTUK SEPERTI EMAS DAN PERAK.

Karekter emas- cantik, berharga, melalui proses yang luar biasa.
Permata yang keras hanya permata yang dapat memotongnya.
1 Kor 3 :12-15
Orang kristian tidak lari dari cobaan2 tapi orang kristian tahan uji. Apapun yang terjadi semakin kuat. Waktu kita dicobai bukan kita menjadi lemah tapi lepas kita dicobai kita menjadi semakin kuat. Pencobaan yang kita alami menjadkan berkat untuk kita.

3. MEMBANGUN ATAS DASAR HIKMAT
Amsal 24

Membangun di atas dasar hikmat dan bukan emosi.. seseorang yang buat keputusan dengan emosi selalunya membuat keputusan yang tidak logik.. ramai orang yang membunuh diri kerana putus cinta, bankrup dan sebagainya. Orang yang bertindak mengikut emosi tidak ada yang bijaksana dalam hidupnya. Ada emosi yang tidak terkendali membawa kepada satu keruntuhan...oleh itu, membangunlah sesuatu dengan bijaksana.

4. MEMBANGUN PADA DASAR IMAN YANG PALING SUCI
Yudas 1:20

Iman melihat bahawa Tuhan memelihara pada masa hadapan. Orang yang selalu berdoa imannya menjadi kuat. Sewaktu kita tidak mengerti apa yang sedang berlaku di hadapan, berdoalah di dalam roh.

5. MEMBANGUN DAN BEKERJASAMA DENGAN ALLAH. BERGANTUNG KEPADA TUHAN. MELIBATKAN TUHAN DALAM SEMUA WAKTU.

Kejadian :13-24
Nuh disuruh Tuhan untuk membuat bahtera yang memuatkan keluarganya dan semua jenis haiwan yang ada di muka bumi. Ramai orang menyangka kapal titanik lah yang paling besar yang pernah dibina manusia. Tetapi bahtera nuh lah yang paling besar yang pernah dibina. Bahtera apapun yang anda sedang bangun pada saat ini.. bersama Tuhan anda dapat melakukan itu. Walaupun orang lain melihat itu mustahil tapi anda boleh melakukannya.

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life