Hello December!!


Tidak terasa setahun telah hampir ke penghujungnya. Tapi kawan sa bilang, rasa juga lah bilang imbas balik semua yang berlaku ni tahun macam peraktikum, asaimen, exam dan sebagainya. Sa setuju jugalah sama apa yang dia cakap haha. Bulan December atau org panggil bulan duabelas kalau di kampung.. banyak perkara yang sa lalui. 


Awal bulan ada Konferensi PMM SIB Sabah di KDCA. Sa pertama kali ikut ni konferensi yang fulltime. Best! haha. Tema : Berjuang sampai akhir. wuhuu. Para pengkhotbah pun best. Ni konferensi 1-4hb bulan 12. Sepanjang konferensi, sa sangat enjoy. blajar banyak perkara baru.. dapat jumpa kwan dan sebagainya. 

Pada 3hb bapa sa jalan ke Melbourne utk bekerja. Sa berdoa sama Tuhan spya biar kehendak Tuhan yang terjadi. Lepastu keesokan harinnya, sa dapat berita bahawa bapa sa ditahan di imegrisen sebab tidak dibenarkan masuk ke dalam. Hati seorang anak, rasa kasihan dan sebagainya tetapi dalam masa yang sama saya tahu bahwa kehendak Tuhan yang terlaksana. Akhirnya Bapa dihantar oleh pihak imegrisen di sana untuk menaiki kapal airasia ke Bali. Setiba di bali, bapa naik kapal lagi untuk pergi ke KK. Setelah tiba di rumah, apabila sa mendengar cerita bapa.. wuuhuu. bulih tahan jugalah pengalaman dia. Masa di apot sana, beg dorang kena bongkar kena kc masuk dalam plastik hitam dan telefon dan dompet pun kena ambil. Tapi, bapa bilang dorg sana bagus2 juga semua. Dan bkn drg saja yang kena kc balik, ada org dari korea, china, smnanjung dan bnyk lagi. trus last skali bapa cakap.. buat pa mau takut mau jalan pigi mana2 pun, mmg mula2 rasa takut tp bila sampai sana, biasa sja pun dibilang. Haha. Ertinya, jgn takut utk melangkah ke tempat yang mau ditujui. sebab perasaan takut tu akan hilang bila kt sda sampai pada tempat yg ditujui.

Habis saja konferensi sa punya duit tinggal rm1. Habis sudah betul mau befikir lagi macamana mau balik sebab elaun belum masuk masa tu. Jadi sa ikut leesan sama vick pigi tempat san dengan tangan kosong. Malam tu, kami kasi kawan si san pigi tempat abg dia jual piza di Lido Penampang. Si san bagi sa duit Rm20. Terus adalah duit untuk makan di sana. Lepastu malam tidur di tempat kawan si san. Pagi kami pigi makan di megalong. Waduh duit pun teda, mcmna mau makan haha. San bilang, ko makan ja... yakin sja.. jadi dengan duit yg sikit lagi.. duduk tengo menu, pilih yang paling murah dalam 5 ringgit haha. sebab takut tida cukup duit.. skali tu kawan si san yang bayar makanan untuk kami. aduu sukurlahh. Lepastu balik pigi rmh igu.. dengan duit tambang rm3.. trus baki 2 ringgit lebih la. Jadi naik bas pigi simpang lobou di manggatal. Sampai di rmh igu sampai 10hb kusung duit. 5 hari haha. Brsyukur sebab di rmh cg Jaq, ada makanan tempat tinggal. Lepastu haritu juga duit elaun masuk. Syukurlaah haha. Sa bersyukur sebab sepanjang sa tiada duit, Tuhan selalu mencukupkan sa dalam banyak cara. Melalui org sekeliling dan sebagainya. 

Tuhan yang kita sembah adalah Tuhan yang hidup. Yang mengerti segala kebutuhan dan situasi yang terjadi. Dalam keadaaan apapun, Dia tetap bersama dengan kita. Dalam kekurangan dalam kesusahan,. Dia Tuhan yang tidak pernah terlambat menolong kita. Tepat pada waktuNya. :) 

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life