Cuti mau habis sudaa. Hoho

Bsuk mau balik keningau suda...
Sepanjang cuti langsung teda buat asaimen sbp teda bawa laptop. ni kali la. Bekakai la kali buat lpas balik ipg ni.
Jadi sepanjang minggu ni.. bejalan sja ni kaki..

Hari 1 flight dari Kuching balik Sabah.. trus naik kreta balik Kota Marudu pigi rmh yati. Plan mau pigi rmh kebudayaan di sana mau buat asaimen edu tp.. last minit sa tukar plan.. balik kk mau pigi muzium..

Trus hari 2 jalan naik bas dari Kota Marudu pigi KK... dlm perjalanan pigi KK, unty Ros msg.. "yon, klau ko sampai kk kctau nti unty ambil". Wohh siok ni kna ambil d terminal. Lpastu.. sa msg si igu, klau ada dia d rmh ka x.. lpastu ada dibilang lpastu dia suru dtg. Trus tukar lg plan sa.. mula2 mo turun di terminal tp last2 sa turun di pekan Manggatal. Sa call cg, minta ambil di pekan.. tp dia bilang naik bas sampai simpang di lobou. Haha. Sa p naik bas pigi sana lpastu bru igu ambil di simpang. Petang tu smpai mlm lepak sma drg igu sj di ruma sma drg adik2 dsana. Mlm si igu kc dengar lagu.. lagu "bersamaMu Bapa" ...  mmg lagu pebret sa jgla.. lama x dengar tp bila dengar balik dan nyanyi tu lagu.. trus sa rasa Tuhan selalu ada dalam setiap musim hidup sa.. dalam setiap keadaan mmg Tuhan ada menuntun sa. Kdg2 sa lupa mengucap syukur atas penyertaan Tuhan dalam hidup sa. Sa bersyukur utk org disekeliling sa yg selalu mengingatkan sa untuk bersyukur.

Hari ke 3.. ikut igu pigi balik kg di tambunan.. tp sblm jln p tambunan.. singgah pigi muzium dulu sma si ian.. mula2 pigi tingu di dalam pasal kebudayaan rungus.. tp lepastu tida kena benar ambil gambar gima.. bru p di kaunter pertanyaan.. klau ada maklumat yg blh kna minta pasal rungus.. tp, sygnya semua buku suda kn ikat untuk pindah p libry baru.. jd, kmi pigi yg rmh kebudayaan sja d. Sikit ja maklumat yg sa dpt msa tu. Lpas siap di muzium, bru balik pigi tambunan ikut igu. Dalam perjalanan balik Tambunan, cg kc tingu video pasal ISIS.. trus cg tanya, mcmna nde kalau sa yg di tempat tu org. Mcmna kalau sa dalam keadaan dua pilihan iaitu tetap mengikut Yesus atau mati. Bila sa fikir balik.. sakit itu hanya sementara.. sakit ditembak dan dipenggal kepala tu hanya di dunia. Kalau tetap beriman dan akhirnya dibunuh.. suda pastinya selepas mati.. Tuhan dengan tangan terbuka menanti di sana.. di syurga dan mengatakan "well done anakku". Semoga perjalanan hidup ni dapat sa lalui dengan tetap memilih Yesus setiap hari.

Sampai tambunan trus pigi sungai sbp smua kluarga igu disana mandi manda dan mkn2. Haha. Trus join mkn. Mkn la yg siok. Haha.

Hari ke 4. Awal pagi bangun trus pigi tamu di tambunan. Mcm2 ada kna jual disana. Klau bnyk duit mau jg daah beli2. Lpastu balik rmh igu, trus ikut kelas buat baja organik daripada E.M.1 dan gula perang. Bgus jgla dpt buat baja. Petang, di ruma sja.. masak2 kuui smpai mlm.

Hari ke 5. Pagi2 pigi dewan st Teresa di tambunan. Ikut igu pigi tingu Brother yg meninggal. Satu perkara yg sa renungkan semasa di sana adalah tentang kematian. kehidupan selepas kematian. Tulisan di keranda iaitu "Gone home to glory" membuatkan hati sa tenang..sebab bro tersebut kembali kepada Tuhan..kembali kepada sang pencipta. Ada 2 cara Tuhan datang dlm hidup kt sebagai manusia.. 1)Tuhan dtg dan mengangkat semua org yg percaya kpdNya 2)melalui kematian. Kesempatan yg kt ada hanya semasa kita hidup. Kita x dapat berdoa selepas kt mati..dan org lain juga tidak dapat mendoakan kt untuk menentukan kt masuk ke syurga atau neraka. Diri kt bertanggungjawab atas diri kt.. bagaimana kt hidup di dunia menentukan akhir hidup kita dimana. Jika kita telah memilih Yesus sebagai Tuhan dan juruselamat kt..maka Syurga adalah rumah kita, tapi jika sebaliknya,.. bertaubatlah dan kembalilah kepada Tuhan. Hanya Dia pengharapan di dalam kehidupan kt sbagai manusia. Kita jg perlu sentiasa sedia, bila2 masa Tuhan akan dtg mengambil kt.. :)

Ok, lepas balik dari sna dewan.. balik rmh igu.. mkn dulu baru jalan balik ranau. Igu hantar sa balik om terus hantar tu baju2 yg mau jual di ruma. Sama mau pigi poring lagi kaye. Sampai ruma.. trus sa pandu tu kreta kancil bwa si earl pigi poring sma drg igu. Tp drg igu pakai kreta drg la kaye. Sbp nti susah lg nde si igu mau hantar pulang p rmh. Sampai di poring trus mandi2 lpastu balik. Igu sma ian balik kk. Sa sma earl balik rmh. Sampai ruma dlm jam 5 suda.. sedih pula hati sa tingu anjing diruma nama dia si baba. Trus sa tumpang tangan kc doa supaya tu anjing sembuh.. ksian gima tu anjing x dpt bangun. Lemah badan.

Hari 6.
Kira mcm mau balik p keningau ni hari tp mcm telampau skijap pula klau balik kngau suda. Jadi stay di ruma dulu la. Bsuk baru balik. Awal pagi si earl p kc bangun suru jaga kadai sbp si mama mau pigi karaja di sana prasekolah. Mama sa kerja sna sementara sbgaia PPM ganti tu PPM sna yg bru melahirkan baby. Si Bapa pula pigi kk sma drg unty gina sma uncle jamiris sbp drg uncle mau beli kereta baru. Wuuuhh. Sioknya kereta baru. Haha. Jd awal pagi ni sa jaga kadai di sini dpan ruma sja. Lpastu makan kijap.. baru susun2 ni baju2 yg mau kna jual di luar rumah. Haha.

Hari 7..
Pigi sambayang
Balik keningau. Haha

Lengkap seminggu yg penuh aktiviti. Perjalanan yg bersambung2. Apa yg dirancang ada yg jadi yg tiba2 tukar. Kerinduan hati sa.. agar kaki sa melangkah ke arah yg Tuhan tentukan. Semakin sa renungkan kehidupan ini, semakin sa sedar hidup ini sementara. Semua yg sa miliki pun sa x dpt bawa bila Tuhan angkat sa suatu masa nanti.

"KEMULIAAN BAGI TUHAN, DATANGLAH KERAJAANMU,
JADILAK KEHENDAKMU,
SLURUH BUMI PENUH KEMULIAANMU"

Vyon Aren
Si kaki gansau
21 March 2015

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life