Kemerdekaan
2 Korintus 3:17-18
"Sebab Tuhan adalah Roh; dan di mana ada Roh
Allah, disitu ada kemeredekaan"
Suatu masa dahulu, saya terikat dengan satu kebiasaan, cara hidup yang
tidak baik. Saya sukar untuk melepaskan diri dari ikatan itu. Saya sedar adanya
ikatan itu tetapi saya tidak dapat untuk tidak mengulangi cara hidup yang sama.
Lalu
pada suatu hari, saya mengikuti kem Transformasi yang pada mulanya saya ingat
kem itu biasa-biasa saja..tetapi Tidak. Saya mengalami Tuhan dalam kem
tersebut, dan jelas Tuhan berbicara kepada saya.. dan saya yakin bahawa Tuhan
memang ada dan saya sedar saya perlukan Tuhan.
Saya
meminta ampun untuk semua dosa saya.. dan berjanji untuk melayani Tuhan selama
hidup saya.
Pada malam itu, saya
didoakan. Saya menangis dengan teruk sekali. Sebab dalam hati saya tidak
tertahankan penyesalan demi penyesalan. Selepas menangis barulah saya tenang
dan bersyukur sebab mengalami jamahan Tuhan.
Saya tahu pada malam itu ada Roh Allah yang
bekerja di dalam hati saya. Sehingga saya dimerdekakan pada malam itu.
Semoga kemerdekaan dari
segi rohani yang sa alami ini terus berlaku dalam hidup saya. Hari demi hari,
saya rindu agar jamahan Tuhan, hadirat Tuhan memperbaharui hati saya, komitmen
saya.
Apakah ikatan yang sedang menguasai hidupmu?
Apapun itu, ketahuilah bahawa Tuhan mampu membebaskan kita dari segala ikatan. Saya telah mengalami pembebasan itu dan saya yakin percaya bahawa Tuhan dapat melakukan hal yang sama dalam hidup anda.
Comments
Post a Comment