akademik VS kokurikulum? Hmm
Semester akhir di IPG ni mengingatkan saya
pada masa-masa saya tingkatan 5 di SMK Lohan. Pada masa itu, saya di kelas Sains Tulen
dan berada di dalam kelas tersebut memerlukan saya untuk berusaha belajar.
Tapi ada satu perkara yang tidak dapat
saya pisahkan dari hidup saya ialah kokurikulum. Haha. Pada tahun itu, saya terlibat dengan Kadet
Bomba peringkat Kebangsaan. Latihan tiap petang. Tiada masa mau ulangkaji.
Lepastu Malam masa belajar di asrama pun tidur sebab penat. Pertandingan sana
sini. Memang memberi kesan kepada pelajaran saya. Ujian-ujian banyak yang
menurun markah sebab tidak sempat ulangkaji dan selalu tiada di kelas kerana
ikut pertandingan.
Lepastu lain lagi taekwondo. Sana sini
juga jalan pigi pertandingan. Inilah bilang urang kalau minat memang akan pigi
juga itu. Jadi saya di kelas sains. Antara semua di kelas tersebut, saya saja
yang slalu ikut sukan, yang slalu tiada di kelas. Hingga kawan-kawan saya
menasihati saya, buat apa lah ko ikut semua itu? penting lagi belajar. Guru kelas
pun nasihat saya juga supaya jangan lupa belajar.
Tapi bila sa ingat balik, itulah kenangan
yang saya ada, yang saya simpan. Penat lelah latihan lepastu pigi pertandingan
dan menang.
Beberapa bulan sebelum SPM, sa berabis
jugalah belajar, jawab soalan-soalan tahun sebelumnya. Saa target IPG. Jadi
memang saya sudah set kokurikum punya markah mesti bagus. Akademik pun mesti
bagus juga. Jadi bila keluar keputusan SPM, sa dapat 6A,4C. Hahaha. Yang C tu
semua subjek sains. Biologi, Fizik, Kimia, Addmath. Saya bersyukur sebab dapat
juga begitu walaupun saya ni rajin betul ikut aktiviti kokurikulum. Sa
bersyukur sama Tuhan yang bagi saya kekuatan untuk menempuhi zaman persekolahan
sekolah menengah.
Masa sekarang pula di IPG. Semua sibuk
menyiapkan tugasan akhir AR atau thesis. Saya pula masih terlibat untuk buat
kajian untuk artikel bersama lect saya untuk dibentangkan di IPG Kent bulan
depan. Lect saya pun mulai suda bagi
nasihat sama saya untuk mengutamakan AR saya. Sejujurnya, saya ada
pening-pening juga sebab buat kajian bersama lect la ddddhsebagai ambil
pengalaman supaya bila saya sambung belajar nanti tahun-tahun depan, saya boleh
rujuk mereka sambil-sambil saya sendiri lihat bagaimana proses buat artikel.
Saya sedar ini bukanlah penting pada masa kini, tapi penting untuk di masa
depan saya. Saya selalu berdoa agar Tuhan selalu bagi saya kekuatan untuk
melalui lagi masa sem akhir di IPG ini. Banyak perkara yang perlu
diselesaikan.
Saya sedar. Dengan kekuatan sendiri saya
tidak mampu. Tapi Tuhanlah yang akan menjadi kekuatan saya. Berkat Tuhan baru
setiap hari. Pada waktu saya lemah Tuhan akan menguatkan saya. Pada waktu saya
tidak berdaya, Tuhan akan memberi saya ketenangan dan kekuatan untuk terus
berjuang.
Jadi akademik VS kokurikulum?
Dua-dua menang.
Dua-dua adalah keutamaan sa.
cia-cia-cia.
Comments
Post a Comment