Devosi Pagi | 22 OGOS | Catatan Jurnal
Devosi Pagi | 22 OGOS | Catatan Jurnal
Apa yang saya belajar ni hari.
1. Hari ini saya
merenungkan apa yang saya mau untuk capai dalam hidup saya dan apakah garisan
penamat bagi saya, apakah itu hari konvokesyen, bekerjaya, atau berkawin. Bagi
saya, dalam masa terdekat ini, saya ingin menghabiskan pengajian di IPG dengan
baik.
Saya tidak perlu menunggu untuk mencapai semua yang saya
inginkan barulah memuji Tuhan. Saya juga perlu bersyukur sebab ada sesuatu yang
sedang saya usahakan pada masa ini. Apabila saya terlalu fokus pada apa yang
mahu saya capai atau apa yang saya mahu miliki, saya akan memikirkan hal itu
saja. Tetapi terkadang saya lupa untuk menikmati hari yang Tuhan berikan.
2. “Live everyday like it’s your last”. Tuhan masih
memberikan saya peluang untuk hidup hingga ke hari ini kerana ada sebab. Hari
ini saya juga memikirkan bahawa bila-bila masa saja Tuhan boleh ambil nafas
yang ada pada hidup saya. Cuma, saya tidak tahu bilakah masa itu dan dimanakah.
Tetapi, selagi saya masih hidup.. saya akan cuba melakukan apa yang Tuhan mau
saya lakukan, disamping melakukan apa yang saya mau capai. Hidup ini
sementara.. dan biarlah saya gunakan hidup yang sementara ini untuk memuliakan
Tuhan.
3. Saya juga belajar, Tuhan hadir dalam hidup saya..
bukan saja pada saat semuanya ok, tetapi juga dimasa saya mengalami kesusahan,
penyesalan, kekecewaan. Apabila saya mulai menghargai hari yang Tuhan sudah berikan,
tidur saya pada waktu malam juga akan lebih baik dari sebelumnya, bukan kerana
apa yang saya lakukan tapi sebab saya berdoa supaya Tuhan campur tangan dalam
hidup saya.
Comments
Post a Comment