Posts

Showing posts from August, 2016

Kemerdekaan

2 Korintus 3:17-18 " Sebab Tuhan adalah Roh; dan di mana ada Roh  Allah,  disitu ada kemeredekaan"                 Suatu masa dahulu , saya terikat dengan satu kebiasaan, cara hidup yang tidak baik. Saya sukar untuk melepaskan diri dari ikatan itu. Saya sedar adanya ikatan itu tetapi saya tidak dapat untuk tidak mengulangi cara hidup yang sama. Lalu pada suatu hari, saya mengikuti kem Transformasi yang pada mulanya saya ingat kem itu biasa-biasa saja..tetapi Tidak. Saya mengalami Tuhan dalam kem tersebut, dan jelas Tuhan berbicara kepada saya.. dan saya yakin bahawa Tuhan memang ada dan saya sedar saya perlukan Tuhan. Saya meminta ampun untuk semua dosa saya.. dan berjanji untuk melayani Tuhan selama hidup saya. Pada malam itu, saya didoakan. Saya menangis dengan teruk sekali. Sebab dalam hati saya tidak tertahankan penyesalan demi penyesalan. Selepas menangis barulah saya tenang dan bersyukur sebab mengalami jamahan Tuhan.  Saya tahu pada malam i

Beruntung?

Apakah maksud beruntung bagi anda?? Hmm. Cuti baru-baru ini, dalam kereta bapa saya selalu mengulang ulang perkataan.. “Untunglahh si A.. si B dapat beli  tanah di siring jalan. Untung oh si B dapat beli tanah si C yang ada durian sedia”. Lalu saya merefleksi diri saya.. Apakah erti beruntung bagi hidup saya sendiri. Saya berfikir bahawa. “Saya beruntung bila ada Yesus dalam hidup saya” “Kita beruntung apabila ada Yesus dalam hidup kita” Apabila kita fokus pada apa yang org lain miliki, kita akan lupa merenungkan apa yang kita miliki, yang Tuhan berkati kita. Bila kita ada Yesus dalam hidup kita, kita adalah orang yang paling beruntung. Sebab kehidupan sekarang dan kehidupan sesudah mati, akan tetap bersama Tuhan. 1 Timotius 6:6 Memang Ibadah itu kalau disertai rasa cukup, memberi keuntungan besar Ibadah itu adalah hidup kita. Penyerahan hidup kt kepada Tuhan. Jadi jika hidup kita ini disertai rasa cukup akan memberi keuntungan besar bagi kita. Keun

Kaki terseliuh, bengkak.

Pernah kah,  henpon ko heng.. Lepastu ko rasa mo hampas ja tu henpon sebab tda dpt buat apa²? Pernah kah ko mo pigi ikut sukan sudah tp kaki ko pula teseliuh? Hari ni kaki sa teseliuh. Sakit yg memang sakit. Sepatutnya esok pigi friendly di sana IPG Gaya,  lepastu pigi mansau. Tapi sa percaya,  semua yg berlaku ni tdk terlepas dari pandangan Tuhan. Mungkin ada sesuatu yg Tuhan mau selamatkan saya dri perkara buruk yg mungkin akan berlaku.  Atau..  Tuhan mau ajar sa utk sentiasa humble.. Atau,  Tuhan nmpk banyak yg perlu sa urus smpai sa bfikir bnyk..  Jd sa x perlu pigi ni sukan permainan... Hmm banyak btl atau kan.  Sa pun x pasti apa sebab utk disebalik smua ini. Tp sa mau tetap percaya,  walaupun dlm keadaan mcm ni. Tuhan itu tetap baik dan selamanya baik. Biarlah kaki sa bengkak. Sakit. Td masa sa tengo laptop,  tiba² mcm sa rasa ada yg bckp,  "ko x perlu tanggung sakit ko, sendirian,  Tuhan kan ada..  Dia mati di kayu salib bkn utk dosa² sja tp juga utk stiap s

Inspirasi :)

Inspirasi Hari ini kami menang main bola jaring. Team #Netballers. Saya mau berterima kasih sama Tuhan yang memberi kami kekuatan untuk berjuang sampai berjaya. Saya juga berterima kasih sama kaka-kaka PJK durang kaka Esterinah, Kaka Kelly, Kaka Aleema, Kaka Mishele yang ajar saya main bola jaring. Masa sekolah menengah dulu, permainan bola jaring paling saya anti di dunia. Paling sa tida minat. Haha. Tapi bila masuk IPG, durang ajar saya main. Sempat ikut pertandingan sama durang team kaka-kaka PJK, dan kami menang. Haha. Masa itu saya tidak tahu peraturan dan posisi. Tapi main hantam saja. Terima kasih juga sama coach ELL, yang latih kami dulu main bola jaring. Sa dalam kumpulan B. Walaupun coach ‘hampir’ tipu kami mau bawa pigi Melbourne dengan hanya duit bayaran 200 lebih. Tapi semua tu sudah kami sudah lupakan dan mau berterima kasih sebab ajar saya main bola jaring. Sebenarnya, saya mau cerita pasal inspirasi sebenar saya dalam sukan. Terima kasih juga sama

Devosi Pagi | 22 OGOS | Catatan Jurnal

Devosi Pagi | 22 OGOS | Catatan Jurnal Apa yang saya belajar ni hari. 1.    Hari ini saya merenungkan apa yang saya mau untuk capai dalam hidup saya dan apakah garisan penamat bagi saya, apakah itu hari konvokesyen, bekerjaya, atau berkawin. Bagi saya, dalam masa terdekat ini, saya ingin menghabiskan pengajian di IPG dengan baik. Saya tidak perlu menunggu untuk mencapai semua yang saya inginkan barulah memuji Tuhan. Saya juga perlu bersyukur sebab ada sesuatu yang sedang saya usahakan pada masa ini. Apabila saya terlalu fokus pada apa yang mahu saya capai atau apa yang saya mahu miliki, saya akan memikirkan hal itu saja. Tetapi terkadang saya lupa untuk menikmati hari yang Tuhan berikan. 2. “Live everyday like it’s your last”. Tuhan masih memberikan saya peluang untuk hidup hingga ke hari ini kerana ada sebab. Hari ini saya juga memikirkan bahawa bila-bila masa saja Tuhan boleh ambil nafas yang ada pada hidup saya. Cuma, saya tidak tahu bilakah masa itu dan dimanakah.

Happy Birthday To my kakak ---> Kakak Deela. :)

Happy Birthday To my kakak ---> Kakak Deela. :) 20 August . Hari ini hari jadi kaka saya. Kakak yang banyak mengajar saya erti kehidupan. Walaupun bukan lama. Tapi saya percaya Tuhan meletakkan dia dalam hidup saya pada masa dulu. Trima kasih untuk penjagaan sepanjang saya sekolah menengah atas. Trima kasih sebab bagi saya henpon dan mp3 dulu dan beg sekolah. Kenangan ini tidak akan dan tidak mungkin akan saya lupa. kebaikan hati kakak akan saya selalu ingat. Budi baik kaka akan selalu saya pegang dengan harapan suatu masa nanti saya dapat balas kembali kebaikan kaka. Trima kasih untuk nasihat-nasihat yang kaka bagi untuk saya. Trima kasih kerana mendorong saya untuk belajar masa SPM. Trima kasih slalu marah-marah dulu, ertinya kaka peduli. Doa saya, agar Tuhan sentiasa memberkati hidup kakak, keluarga kaka. Smoga Tuhan memberikan apa yang diingini hati kaka, menyertai semua perancangan hidup kakak. Semoga tambah baby baru, haha. Saya harap suatu masa nanti, s

Devosi Pagi | 18.08.2016 | Jurnal

Devosi Pagi | 18.08.2016 | Jurnal I cry out to God Mosh High, to God, who fulfils his purpose for me – Psalm 57:2 (NIV)  Apa yang saya belajar pagi ni? 1)  Walaupun banyak orang yang menyokong saya dalam hidup ini,keluarga dan kawan-kawan tetapi Tuhanlah yang membuka jalan untuk saya dan menuntun saya untuk menjalani kehidupan sehari-hari. Bila ada orang menyakitkan hati saya, saya tahu bahwa saya perlu datang kepada Tuhan sebab Tuhan mempunyai caraNya sendiri untuk memulihkan saya. 2) Walaupun orang lain tidak faham hidup saya. Atau, apalagi bila saya sendiri tidak faham hidup saya. Tuhan akan sentiasa ada dan saya hanya perlu datang kepada Tuhan untuk meminta kekuatan untuk menjalani kehidupan saya ini. 3) Tuhan tidak pernah terkejut dengan jumlah wang yang ada dalam bank saya. Dia sentiasa mencukupkan saya. Walaupun kelihatan apa yang Tuhan berikan tidak banyak tetapi Dia ‘tetap’ memberikan saya kecukupan. Jadi, saya akan terus setia dalam pemberian saya. Sebab

akademik VS kokurikulum? Hmm

Semester akhir di IPG ni mengingatkan saya pada masa-masa saya tingkatan 5 di SMK Lohan.  Pada masa itu, saya di kelas Sains Tulen dan berada di dalam kelas tersebut memerlukan saya untuk berusaha belajar. Tapi ada satu perkara yang tidak dapat saya pisahkan dari hidup saya ialah kokurikulum. Haha.  Pada tahun itu, saya terlibat dengan Kadet Bomba peringkat Kebangsaan. Latihan tiap petang. Tiada masa mau ulangkaji. Lepastu Malam masa belajar di asrama pun tidur sebab penat. Pertandingan sana sini. Memang memberi kesan kepada pelajaran saya. Ujian-ujian banyak yang menurun markah sebab tidak sempat ulangkaji dan selalu tiada di kelas kerana ikut pertandingan. Lepastu lain lagi taekwondo. Sana sini juga jalan pigi pertandingan. Inilah bilang urang kalau minat memang akan pigi juga itu. Jadi saya di kelas sains. Antara semua di kelas tersebut, saya saja yang slalu ikut sukan, yang slalu tiada di kelas. Hingga kawan-kawan saya menasihati saya, buat apa lah ko ikut semua itu? penti

Marah ya? .

Orang bilang, "When you don't have something nice to talk, don't talk" . Yupp. Inilah sebab bila sa marah. Sa tidak akan cakap terus. Saya akan diam. Saya tau kalau sa cakap. Orang akan rasa sakit. Kalau telampau marah, sa tidak akan layan orang tu Tapi masalah bila tidak marah atau tegur. Kita akan diperlakukan hal yang sama berulang-ulang kali.  Jadi macamana? Takkan mau kasi biar orang kasi sakit hati, buat sesuka hati dorang saja. Suka hati suka badan mau buat perkara yang menyakitkan hati kita. Jadi macamana lagi. Terpaksa diam lah. Berdoa kasitau Tuhan. Minta Tuhan bagi ketenangan. Kalau saya, saya tidak suka bergaduh. Tapi bila orang tu cuba untuk menginjak-injak suda. Nampak kita ni macam iya-iya saja. Inda pandai marah. Lepas tu sengaja lagi mau kasi sakit hati. Bagi saya, saya akan elak orang ini. Kalau kita tau ni orang nda memberi kebaikan terhadap hidup kita buat apa kita sengaja mau pigi minta sakit-sakit sma orang mcm tu. Kalau dia cuma

Hashtag Final Year :)

Haloha. Hashtag Final Year. Haha Akhirnya, tinggal beberapa bulan lagi di IPG ini. Kerja pun bertimbun mau diselesaikan. Mau tulis laporan kajian tindakan Asaimen ada 3 (Prasekolah 1, Edu 2) Kajian untuk artikel Pra bersama Pn Afinah dgn Dr Connie Bangun pagi, pigi mana-mana pun ingat ni kerja yang mau kasi siap. Haha. Kepala pun pening sebab tidak tau mau mula mana.  Ada satu tahap, terlalu pening dan rasa tidak mampu. Terus berdoa, kasitau Tuhan yang sa tidak mampu mau buat semua ini. Tapi saya mampu bila Tuhan yang memampukan saya. Lepas berdoa baru ada rasa damai dalam hati.  Rupanya beginilah perasaan jadi sem akhir. Semakin mau habis semakin sibuk mau siapkan itu ini. Haha. Apapun, hidup kena enjoy. Dalam usaha menyiapkan semua tugasan, saya akan berusaha untuk enjoy proses penyiapan. Bukan mudah, tapi inilah yang perlu diselesaikan. Saya percaya, Tuhan yang meletakkan saya di IPG, Tuhan telah menjaga saya selama 5 tahun yg telah berlalu dan 4 bulan akhi

Transformasi Hidup :)

Haloha.  Tadi sa susun-susun folder. Skali sa tejumpa rakaman nubuatan-nubuatan yang diberikan beberapa tahun yang lalu. Saya berdoa supaya setiap nubuatan yang diberikan akan terus terjadi di dalam hidup saya. Saya sangat diberkati dengan nubuatan yang diberikan. Saya percaya Tuhan yang berbicara.. Pekerjaan Tuhan itu sangat luar biasa.  Saya mengalami pekerjaan Tuhan dalam hidup saya pada masa berumur 20 tahun. Pada umur-umur saya sejak kecil, saya dapat melihat bagaimana kuatnya iblis cuba untuk menghancurkan hidup saya. Saya akhirnya sedar, pasti ada sesuatu yang ada dalam hidup saya sehingga iblis cuba untuk menghancurkan hidup saya. Tapi saya bersyukur Tuhan itu sangat baik, pada masa saya berumur 20 tahun Dia menangkap saya. Dia telah lama menanti untuk saya kembali kepada hadiratNya.  Apabila mengimbas masa lalu saya, sewaktu kecil saya seorang yang sangat jajal. IbuBapa saya selalu mengugut untuk menghantar saya ke sekolah budak-budak nakal. Saya juga adalah anak ya

The Girlfriend Checklist: 10 Girls You SHOULD Date #copypaste #sharingiscaring

The Girlfriend Checklist: 10 Girls You SHOULD Date In  Advice and Encouragement ,  Dating ,  For the Guys ,  Relationships  by Debra Fileta August 7, 2016 Looking around sometimes it’s hard to believe that good relationships still exist.  It’s hard to see brokenness, woundedness, sin, and heart-break, and still believe in God’s design for love. But even with our flaws, each and every day we are called to move into God’s forgiveness, healing, restoration and Grace. I see it happen every day in the people I meet and hear from, and by God’s grace, I am move toward that definition each and every day in my own life and marriage. I still believe in good relationships , because I believe in good people. But most of all, I believe in God’s goodness in people’s lives ( Tweet It! ).  And so should you. So while there’s no such thing as finding the “perfect partner”, here are some traits to be on the lookout for the Girlfriend Checklist when the timing is right: (And if you missed it, 

Internship Tamat :)

Shalom! :) Akhirnya selesai internship di sekolah selama sebulan. Syukur drg nda buat perpisahan. Sa ni mudah terharu. Mudah nangis. Haha. Jadi kemarin, kami jumpa guru besar untuk masa akhir kami di sekolah. Nasihat Guru Besar: - Nanti sudah jadi guru,      1) Beli rumah dulu sebab rumah makin mahal. Biar berhutang untuk beli rumah dulu.      2) Beli kereta bukan untuk bergaya. Beli ikut kemampuan dan keperluan. Kalau Dekat, boleh          jalan kaki, jangan dulu beli kereta. Kereta bila-bila boleh dapat. Senang saja mau dapat. Syukur. Selesai internship. Trima kasih akan penjagaan dan pimpinan Tuhan hingga kami disayangi di sekolah. Asal ada makan-makan, wajib kami kena panggil. Akhirnya tinggal 4 bulan berada di IPG ini. Untuk kuliah, exam, temu duga. Sepanjang 5 tahun lebih yang berlalu di IPG ini, kekuatan dari Tuhanlah yang memampukan saya untuk terus melangkah. Walaupun langkah saya kadang-kadang kecil, lambat dan ketinggalan dari orang lain, tapi Tuhan tetap sabar

Kekurangan tapi dicukupkan, kesusahan tapi diberi damai sejahtera

Kebaikan Tuhan itu sentiasa. Walau dalam situasi apapun, dalam kita susah, binggung atau apapun yang kita hadapi. Cerita kali ini berkaitan dengan kebaikan Tuhan yang baru-baru saya alami. Hujung minggu yang lalu, saya pergi ke KK untuk berjalan-jalan ke rumah igu Jaq. Dengan hanya memiliki duit sebanyak 30 ringgit. Tambang ke KK rm15. Lepastu lama nda makan KFC bah, skali limpas kfc, masuk la dalam. Lepastu tingu keminatan hati, beli set yang harga rm9 lebih jadi ada baki dalam rm 5 gitu. Tambang ke manggatal dalam rm 3 ada baki dalam rm2. Rm 2 itu saya guna untuk persembahan masa di cuc. Jadi akhirnya habis duit sa. Dalam bank pun kosong. Jadi apabila igu jaq hantar pigi apot, ni kali dia teda bagi duit sebab banyak komitmen drg mau bayar. Jadi akhirnya sa msj si abg. Kalau ada dia kirim duit. Dia ckp line wifi x bagus yang ertinya tidak dapat kirim duit. Jadi saya pun jalan pigi bank. Tapi dalam perjalanan sampa trafic light tiba-tiba ada pelancong tahan sa, lepastu cakap, &qu