#Day2 #3030

Sedikit yang saya pelajari dalam Amsal pasal 2 pagi tadi. :)

1. Carilah hikmat seperti mencari perak & harta terpendam, barulah dapat tahu erti takut kepada TUHAN, dan akan dapat pengetahuan tentang Allah. Sumber Hikmat = TUHAN.  Mohonlah sungguh-sunguh supaya mendapat pengetahuan dan mintalah pengertian.

2. TUHANlah yang:
  • memberikan hikmat. Pengetahuan dan pengertian berasal daripada-Nya.
  • memberikan pertolongan dan perlindungan kepada orang yang tulus hati dan jujur
  • melindungi orang yang berlaku adil, dan mengawal orang yang setia kepada-Nya. 
3. Faedah memperhatikan hikmat:
  • tahu apa yang benar, adil dan tidak berat sebelah.
  • tahu apa yang harus diperbuat.
  • menjadi bijaksana & pengetahuan akan menggembirakanmu
  • pengertian dan kecerdasan akan melindungi dan mencegah diri daripada melakukan perbuatan yang salah & menjauhi diri daripada orang yang bercakap bohong. 
4. Orang yang mengucapkan tipu muslihat:
  • telah meninggalkan cara hidup yang baik & mengambil jalan gelap yang penuh dengan dosa.
  • mendapat keseronokan daripada perbuatan yang salah dan jahat. 
  • tidak dapat diharap & tidak dapat dipercayai.
5. Dengan adanya hikmat:
  • kita dapat menolak godaan orang jahat yang berusaha untuk memikat dengan kata-kata manis.
  • Orang jahat tersebut :
    • tidak setia terhadap pasangan hidupnya dan melupakan janjinya kepada Allah.
6. Kita haruslah ikut teladan yang baik dan hidup menurut kehendak Allah. 
  • Orang yang hidup menurut kehendak Allah, iaitu orang yang tulus hati akan hidup di negeri yang dijanjikan Allah.
  • Orang jahat & berdosa akan dilempar keluar dari negeri itu oleh Allah, seperti rumput dicabut oleh tanah. 

"PROVERBS 2:6 , For the LORD gives wisdom, and from His mouth come knowledge and understanding"

"AMSAL 2:6 , TUHANlah yang memberikan Hikmat. Pengetahuan dan pengertian berasal daripada-Nya"

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life