Amali kelas PRA (Pendidikan Khas) PRA3063

Yang bikin pening kepala ini hari. 
Haha

Hari ini diberi peluang oleh ahli kumpulan untuk menjadi guru pendidikan khas mengajar di kelas dan kawan-kawan lain berlakon mempunyai masalah ADHD, cerebral palsy, Lembam, Hiperaktif. Semua digabung dalam satu pengajaran. Itu yang bikin pening kepala tu. 

Baru sa dapat rasa sikit-sikit macamana perasaan jadi guru pendidikan khas. Memang pening kalau tidak dilatih dari awal. Kalau opsyen pendidikan khas mungkin okla sebab dari awal memang sudah dilatih.. ada praktikal lagi. Tapi sa bersyukur sebab dapat peluang untuk cuba mengajar walaupun bukan situasi sebenar. Banyak kelemahan dan kelebihan. Komen Cik Sefiah, (Pensyarah subjek), macam pemberi motivasi sudah sa mengajar. (Mungkin sa sepatutnya jadi pemberi motivasi kali ni) haha. tida bah. Tapi sebagai (bakal) guru, motivasi tu perlu diberikan kepada murid supaya murid ada semangat untuk belajar. 

Banyak komen yang kawan-kawan bagi. Sa bersyukur kawan-kawan yang memberi komen sebab berdasarkan komen-komen yang kena bagi tu, sa dapat memperbaiki cara pengajaran. [Jangan pernah jemu untuk ditegur, teguran tu sebenarnya membina karekter dan menjadikan kt lebih baik.]

Refleksi diri,

>Sa perlu memahami setiap masalah keperluan khas barulah sa dapat mengajar dengan kaedah yang    betul sebab setiap masalah pembelajaran ada cara untuk ajar.

>Cara penyampaian perlu lebih baik (jaga2 perkataan yang terlepas dari mulut yang kurang sesuai)


=Itu sahaja. haha.
Biun, Pismp Prasekolah.





Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life