Amsal 12

1. Orang Baik & Orang Jahat

  • Orang baik diperkenan oleh Tuhan & orang yang merancang kejahatan dihukum oleh Tuhan.
  • Orang baik sentiasa mempunyai keturunan tetapi orang jahat akan binasa tanpa meninggalkan keturunan.
  • Orang baik memelihara ternakan, orang jahat menyiksa ternakan.
  • Orang baik merupakan pokok yang teguh & berbuah, orang jahat hanya inginkan kejahatan.
  • Orang baik menyelamatkan diri daripada kesukaran, orang jahat dijerat oleh kata-kata mereka sendiri.
  • Orang baik tidak akan ditimpa bencana, tetapi orang jahat selalu ditimpa kesusahan.
  • Orang baik memimpin sahabat, orang jahat menyesatkan orang.
  • Orang yang mengikut jalan orang benar akan hidup bahagia, orang yang mengikut jalan yang jahat menuju maut.
2. Orang jujur & Sebaliknya
  • Orang jujur memikirkan hal-hali yang baik, tetapi nasihat orang jahat penuh tipu muslihat.
3. Orang Bijak & Orang Bodoh.
  • Orang bijak terima penghargaan, orang bodoh terima penghinaan.
  • orang bijak mendengarkan nasihat, orang bodoh selalu anggap diri mereka betul.
  • Orang bijak tidak menghiraukan nistaan, Orang bodoh lekas marah apabila tersinggung.
    Orang bijak tidak menunjukkan pengetahuan mereka, orang bodoh mengiklankan kebodohan ,ereka.
  • Orang yang mencintai pengetahuan suka ditegur ajar. Orang yang tidak mahu ditegur ajar itu bodoh.
4. Isteri
  • Isteri yang baik menjadi kebanggan & kebahagiaan suaminya. Isteri yang memalukan suaminya bagaikan penyakit barah yang menjadikan tulang reput.
5. Tentang Perkataan.
  • Balasan seseorang bergantung kepada perkataan & perbuatannya sendiri, dia akan mendapat balasan yang setimpal.
  • bercakap benar menegakkan keadilan, membohong mengakibatkan ketidakadilan.
  • kata-kata pedas melukai hati seperti tikaman pedang, tetapi ucapan yang bijak bagaikan ubat yang menyembuhkan.
  • Dusta tidak tahan lama, tetapi kebenaran kekal selamanya.
  • kekuatiran menyebabkan orang berdukacita, tetapi kata-kata yang baik menghibur hati.
6.Kerajinan.
  • Peladang yang rajin mendapat banyak makanan, tetapi orang yang mengejar hal yang sia-sia itu bodoh.
  • Kerajinan menjadikan orang berkuasa, tetapi kemalasan menyebabkan orang menjadi hamba.
  • Orang malas sekali-kali tidak mencapai hasrat mereka, tetapi orang rajin memperoleh harta yang banyak.
  • lebih baik menjadi orang biasa yang mempunyai mata pencarian daripada berlagak sebagai orang besar tetapi kelaparan.

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life