Posts

16.04.18

Cerita Hari ini.... Hari ini sa bertugas di bahagian prasekolah di Pekan. Jumpa cigu Joanna bekas guru di SK.Bundu Tuhan... Sa rasa terharu jumpa dia di depan mata. Jumpa cg Hanifah, cg Raiteh, cg Afinah dan cg Penny. Mengalir air mata jumpa. Selama 5 tahun setengah di IPG sentiasa ada mereka :) Lepas itu, Sa pigi try2 cek sama ada sa layak atau tidak menderma darah.. mula-mula cek darah.. 12.7 poin. Cek tekanan darah lagi.... dan akhirnya lulus. Terus duduk dengan tenang di kerusi.. dalam hati takut jarum. Lama sudah tida jumpa jarum. Skali si Awai Clay bawa selfie sambil tangan sa kena cucuk bius dulu baru cucuk jarum mau alir darah.. Terus masa itu darah sedang masuk dalam kantung darah.. seorang adik yang memerlukan darah duduk dan tengo darah dalam kantung dan cakap.. "yeah darah saya".. Terus kawan dia ckp, bah tulis nama ko sedia.. dibilang. Bila dengar si adik cakap, "yeah darah saya" terus dlm hati sa ada kelegaan. dalam diri saya ada yang boleh ...

Biun

Tiba-tiba datang ni kerajinan menulis ni malam. Hehe Malam ini sa mau cerita....tentang diri saya. Siapa sangka Biun yang sentiasa gembira ini, suatu masa dulu hidup pernah hancur.. Hancur sebagai seorang remaja.. Kelihatannya baik, kelihatan budak skema pada waktu itu.. Tapi rupanya hidup hancur... Kehidupan yang hancur dan tiada arah.. Jadi Biun terfikir untuk membunuh diri.. sebab merasakan tiada harapan dan tiada arah tuju kehidupan.. Tapi suatu perkara terjadi... di saat Biun mau membunuh diri.. Tuhan membuka jalan untuk Biun ikut Kem. Kem Transformasi. Disana Tuhan menyatakan diri kepada Biun. dan ketika didoakan Tuhan menyatakan isi hatinya melalui Pastor yg mendoakan. Dan pada malam itulah.... Biun berlutut di hadapan Tuhan dan menyerahkan hidupnya yang hancur dan tiada harapan itu... Biun merasakan bahawa Tuhan itu nyata pada malam itu dan Tuhan peduli akan hidup yg dia ada. Sebab itu Biun menyerahkan hidupnya. Walaupun hidupnya pada masa itu kucar kacir. ...

Kakak NF

Image
Dalam hidup ini ada banyaak cerita. Tapi hari ini saya mau cerita tentang.. "Individu yang paling banyak memberi impak dalam hidup saya semasa zaman sekolah menengah" Ini salah satu individu la. Bagi saya, dia adalah orang yg Tuhan letak dalam hidup saya pada musim itu untuk menolong dan membantu saya bukan saja dalam pelajaran,  tapi dalam persahabatan, dan hal kehidupan. Kadang-kadang bukan kita yang menentukan cita-cita kita.. Tapi, orang yang rapat dengan kita. Mcm saya, mungkin saya tidak terfikir untuk menjadi sigu pada waktu itu.. tapi kawan rapat selalu mendorong. Ini waktu 2008. Masa mau PMR :) Tapi saya percaya, inilah rencana Tuhan dalam hidup saya.. untuk saya menjadi sigu :) Setiap kali ada ujian, peperiksaan atau apa-apa pertandingan sa ikut, mesti ada kata-kata sokongan dorongan... dan kalau sa menang...kalau sa berjaya dapat keputusan yang baik dalam pelajaran... dialah orang pertama yang akan meraikan kerjayaan saya.. masa itu di as...

Gaiss...Sepatah dua kata bulan Mac..

Helo March ! Tanpa disedari masa berlalu begitu cepat.. sekarang bulan Mac sudah. wuhuuu Tahun ini sa berumur 25 tahun sudah. Tinggal 5 tahun lagi akan menjadi 30 Tahun. Haha Suatu masa dulu sa pernah terbaca bahawa pada umur 30 ada sesuatu yg istemewa.. Sebolehnya impian kita kt target dan usahakan tercapai sebelum atau pada 30tahun. Tapi semuanya tentang waktu dan rencana Tuhan. Kita rancang, kita usahakan.. dengan harapan bahawa apapun yang kita inginkan terjadi... menjadi  nyata. dan nampaknya.. tekadang apa yang dirancang terasa sangat mustahil untuk dicapai.. sehingga kadang-kadang mempersoalkan keupayaan untuk mencapai target sendiri dalam hidup.. Tapi saya mempecayakan impian saya ke dalam Tangan Tuhan.. sebab saya tahu dengan kemampuan diri saja memang sangat mustahil. Tapi penyertaan Tuhan pasti memampukan apa yang diigini dalam hati (sekiranya itu juga adalah kehendak Tuhan dalam hidup saya).. Bagi saya umur 25 ini suatu umur di tengah-tengah 20 dan 30. T...

Hello Feb ! 😄

Image
Hello Feb 2018. Hari ini saya terbaca quote di atas..lalu terkenang kembali keputusan di masa lalu. Mungkin saya sudah sedia untuk menceritakan cebisan2 dari hidup saya di masa lalu.. memandangkan sudah terlalu lama sudah.. Mau 6 tahun sudah berlalu. Yang kenal saya pada masa itu pasti tahu cerita ini.  Kalau ada yang bertanya.. "Ko tidak menyesal ka kasi putus tanakwagu ko dula? " Jawapan saya.. tidak. Tidak pernah ada rasa menyesal dalam hati saya. Sebab walaupun sudah 4 tahun bercinta, kenal keluarga itu bukanlah satu kepastian bahawa sesebuah hubungan itu akan kekal atau akan berakhir di perkahwinan.  Saya mau share perasaan apabila perlu memutuskan tanakwagu sebab ko tahu yang itulah keputusan yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Masing-masing tahu yang terbaik.  Memutuskan hubungan.. bukanlah suatu perkara yang mudah dan bukanlah suatu perkara yang mustahil. Suatu masa dulu, semasa saya memutuskan perhubungan itu, tetap ada rasa sakit hati.. ...

Happy New Year!

Shalom, selamat tahun baru 2018. Semoga tahun ini lebih banyak lagi memberi kebahagiaan kepada kita.. Apapun yang terjadi sepanjang 2017 sudah pun berlalu dan kita mulai lagi dengan fasa hidup baru untuk tahun ini.. Permulaan tahun baru yang menggentarkan.. sebab mau balik sekolah sudah mengajar... Banyak yang tidak diketahui untuk tahun ini.. kita tidak pasti apa yang akan kita lalui beberapa hari mendatang ini tetapi yang pasti kita tetap perlu hadapi apapun yang ada di hadapan kita.. Tapi janganlah kita khuatir sebab sudah pastilah Tuhan mendahului kita dalam setiap masa dalam hidup kita. Kalau ada masalah, jangan simpan sendiri2 cari kawan yang boleh share dan tanya pendapat. Jangan sendiri2 menghadapi hidup.. ada keluarga, ada kawan-kawan dan yang paling penting kita perlu sentiasa percaya pada Tuhan sekalipun tanganNya tidak kelihatan secara kasar menolong kita. Marilah kita menghadapi hari-hari kita dengan ketenangan dan kekuatan yang datang dari Tuhan. Sendiri ...

Happy Birthday to Me ! :D #1911

Selamat ulangtahun ke-24 kepada diriku. Masih muda baa.. baru 24tahun. Haha! Syukur kepada Tuhan Yesus yang memberikan saya nafas hidup sehingga pada hari ini... kerana saya sedar bila-bila masa saja Tuhan boleh ambil nafas hidup kita. Sebab itu saya slalu bersyukur Tuhan masih memberikan peluang untuk berada di dunia ini. Terima kasih kepada bapa dan mama saya yang selalu sabar dengan saya. Satu perkara yang saya bersyukur ialah dgn kejajalan sa yg teramat jajal.. durang tidak pernah putus asa terhadap sa, tetap mendoakan sa.. dan sa kira bahawa Tuhan mendengar doa mereka dan sa akhirnya tidak jajal lagi. Haha. Terima kasih untuk adik beradik yang hebat. Abg didu yang sentiasa sabar dengan adiknya yang slalu minta duit ni (dulu la masa di ipg.haha). Kici yg slalu kc pinjam bajunya yg lawa2 dan Earl yg slalu kana suru2 di ruma. haha Juga saya berterima kasih kepada semua yang pernah menolong saya. Keluarga-keluarga angkat. Kakak2 abang2 adik2 angkat. Semua yang pernah menolong s...