Hello Feb ! 😄



Hello Feb 2018.

Hari ini saya terbaca quote di atas..lalu terkenang kembali keputusan di masa lalu.
Mungkin saya sudah sedia untuk menceritakan cebisan2 dari hidup saya di masa lalu.. memandangkan sudah terlalu lama sudah.. Mau 6 tahun sudah berlalu. Yang kenal saya pada masa itu pasti tahu cerita ini. 

Kalau ada yang bertanya.. "Ko tidak menyesal ka kasi putus tanakwagu ko dula? "
Jawapan saya.. tidak. Tidak pernah ada rasa menyesal dalam hati saya. Sebab walaupun sudah 4 tahun bercinta, kenal keluarga itu bukanlah satu kepastian bahawa sesebuah hubungan itu akan kekal atau akan berakhir di perkahwinan. 

Saya mau share perasaan apabila perlu memutuskan tanakwagu sebab ko tahu yang itulah keputusan yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Masing-masing tahu yang terbaik. 

Memutuskan hubungan.. bukanlah suatu perkara yang mudah dan bukanlah suatu perkara yang mustahil. Suatu masa dulu, semasa saya memutuskan perhubungan itu, tetap ada rasa sakit hati.. tapi ada kelegaan dalam hati bahawa hidup yang sesungguhnya adalah seperti apa yang Tuhan mahukan dalam hidup saya... 

Saya bersyukur pada masa itu saya berada dalam komuniti yang baru.. musim yang baru bersama Tuhan.. jadi semuanya itu membantu saya untuk move on. Jatuh cinta kepada Tuhan melebihi daripada cinta manusia. semuanya dalam penjagaan Tuhan.

Dan kini setelah 6 tahun berlalu.. saya tetap masih single.. belum mempunyai tanakwagu lagi. Lupa sudah mcamana becinta.hahaha. Tapi apabila saya melihat ke belakang sepanjang 6 tahun .. Tuhan menjaga hati saya dan juga sentiasa menghantar orang-orang ke dalam hidup saya untuk menghibur dan mendidik saya hingga tahun-tahun yang berlalu adalah tahun yang bahagia bagi saya. 

Baru-baru ini saya terbca ayat Firman Tuhan...

2 Korintus 5:17
Jadi siapa yang ada di dalam KRISTUS, ia adalah ciptaan baru; yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yg baru sudah datang. 

Firman Tuhan ini terjadi dalam hidup saya setelah saya lahir baru.. meninggalkan semua yang tidak baik dalam hidup saya. Ada banyak kesilapan-kesilapan dan sikap-sikap saya yang tidak baik di masa lalu yang hilang dari diri saya bahkan saya sudah lupakan itu semua. bukan lupakan tapi sepertinya hilang dari memori saya. magik kan.. Semuanya Kuasa Tuhan yg bekerja atas hidup saya sehingga Dia memadamkan memori saya tentang kisah lalu dan saya juga rasa bebas di dalam Tuhan.  Hanya  ada beberapa ketika yang saya teringat kembali tetapi hati saya mempunyai rasa damai... sebab saya tahu pengampunan daripada Tuhan membebaskan saya dari segala rasa bersalah atasa kesalahan masa lampau. Saya kini boleh datang kepada Tuhan dan memanggil Dia Abba. 

Dan... saya slalu isytiharkan Firman ini  dalam doa saya ke atas keluarga saya, rakan-rakan saya.. dan juga khusunya untuk mereka yang sedang bercinta dengan orang yang tidak seiman. Doa saya agar mereka disedarkan daripada keputusan yang salah dan kembali kepada Tuhan sehingga fikiran mereka dibaharui dan diputuskan daripada segala jerat tipuan iblis. Perjuangan kita bukan melawan darah dan daging tapi melawan penguasa di udara.. roh2 jatah yg giat menyesatkan org2 percaya di zaman ini.

Jadi sekiranya ko terbaca ini post sa.. saya mengajak untuk turut bersama dalam perjuangan mendoakan anak-anak muda khususnya yang aktif melayani tapi dalam masa yang sama bercinta dengan orang yang tidak imannya pada Yesus. Saya percaya bahawa doa mengubah segala sesuatu dan apabila mereka terlupa untuk berdoa untuk hidup mereka..pilihan mereka.. maka kitalah yang berdoa untuk mereka.. supaya terjadi pelepasan dan ramai jiwa diselamatkan. 

Haleluyah. Terpujilah Tuhan kita Yesus Kristus.
Sekian saja sharing saya kali ini di awal bulan Feb 2018.
Semoga diberkati. 


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life