Mengingati yang lalu..
Tiba-tiba ni malam pandai datang itu rindu sama orang-orang dalam hidup saya di masa lalu.. hehe.
Memang ada masanya pandai mau rindu sama orang-orang yang pernah ada dalam hidup...
Macam baru-baru adik ipar tidak jadi komen di instagram.. trus teulang balik itu perasaan atau situasi duluu-duluu masa masih lagi rapat sebab sa besinta gia sama abang dia. Haha. Tapi itula bah.. biasalah kehidupan.. orang tidak akan selamanya tetap sama dalam hidup kita. semakin meningkat umur.. persekitaran berubah.. komitmen makin banyak.. jadi orang yang ada dalam hidup kita pun bertukar-tukar.
Saya bersyukur untuk masa lalu yang begitu.. emm macamana mau cakap ah.. indah juga tapi proses dari masa lalu hingga sekarang ini memanglah menyakitkan. Terkadang untuk kita memilih suatu kehidupan yang lebih baik kita terpaksa untuk memisahkan diri kita dengan orang-orang yang tidak dapat membantu dalam perkembangan hidup kita.. tidak kiralah dari segi rohani ataupun dalam kehidupan seharian kita.. Tapi jelas dalam Firman Tuhan mengatakan bahawa yang gelap tidak akan dapat bersama dengan yang terang. Kalau ada kawan yang suka bawa buat perkara yang tidak baik atau tidak bagi faedah sama hidup kita, jangan luangkan masa terlalu banyak dengan kawan sebegitu.. sebab pada akhirnya, kepada siapa kita luangkan lebih banyak masa.. maka kita lambat laun akan menjadi seperti dia.. maka carilah sahabat yang baik.. yang dapat bantu kita maju.
sekarang, saya cuba untuk menghargai orang-orang yang ada dalam hidup saya.. sebab macam yang lalu.. yang sekarang juga mungkin tidak selamanya ada dalam hidup saya.. maksud saya kawan-kawan. Saya cuba untuk meluangkan masa untuk whatsapp atau bila ada duit lebih bulih la mansau pigi jumpa. Haha.
Kalau ada kawan-kawan sa yang ter' baca ini.. saya mahu kamu tahu bahawa:
1) saya sayang kamu
2) saya minta maaf kalau ada sikap saya yang tidak menyenangkan kamu
3) Saya berharap dapat berjumpa kamu di masa akan datang untuk kupi-kupi. Haha.
2) saya minta maaf kalau ada sikap saya yang tidak menyenangkan kamu
3) Saya berharap dapat berjumpa kamu di masa akan datang untuk kupi-kupi. Haha.
4) Saya slalu berdoa untuk kamu spaya Tuhan sentiasa menjaga dan memberkati hidup kamu.
Semoga di masa akan datang, Tuhan terus memberikan saya kawan yang dapat membentuk saya.. membuatkan hati saya dekat dengan Tuhan. Juga semoga hikmat kebijaksanaan dari Tuhan terus menyertai hidup saya agar saya tahu mana kawan yang patut saya rapat dan mana kawan yang perlu saya jauhi.
Jadi, carilah kawan yang betul-betul menambahkan nilai dalam hidup kamu ah, jangan sembarangan berkawan.. berdoa minta Tuhan supaya dapat kawan yang baik. :D
Comments
Post a Comment