Syukur Selesai Breakthru’ Camp @ Keningau 2016.
Syukur Selesai Breakthru’ Camp @ Keningau 2016.
Haleluyah!
Akhirnya kem selesai. Lama sudah kem ini dirancang tapi Indah pada waktu Tuhan,
akhirnya 7-9 oktober 2016 berjaya dilaksanakan. Sa bersyukur sebab sempat
melaksanakan kem ini sebelum habis pengajian di IPG. Pengkhotbah ialah Pst Ong
dibantu oleh team dari KK.. iaitu Nal,Johny,Chal,Jojo,Caren,IguJaq,Ian,
AntyVal dan uncle RCK. Team ajk daripada IPG pula ialah saya sendiri, Vick, Yati, Brian, Erra, San dan Calven.
AntyVal dan uncle RCK. Team ajk daripada IPG pula ialah saya sendiri, Vick, Yati, Brian, Erra, San dan Calven.
Kem
berjalan dengan lancar. Peserta adalah terdiri daripada pelajar kolej vokasional,
junior di IPG dan beberapa peserta daripada Sib Bandar Keningau.
Sepanjang
kem, sa sangat enjoy bersama dengan team dan juga dgn adik-adik yang ikut
peserta. Semoga dalam diri mereka akan terus mempunyai rasa haus dan lapar akan
Firman Tuhan dan hadirat Tuhan. Sa percaya bahawa ada sesuatu yang akan mereka
alami selepas kem ini. Mereka akan uplevel dalam hidup sebab telah diperbaharui
oleh Tuhan.
Sa
juga bersyukur sebab mengalami sekali lagi pertemuan dengan Tuhan semasa
menyembah Tuhan. Saya melihat Tuhan tersenyum dengan saya dan sa melihat di
kepala Tuhan Yesus ada mahkota duri.. dan Dia mengatakan bahawa “it’s Okay”
kiranya Tuhan mau kasitau sa bahwa.. Its Okay untuk Dia mengalami smua itu
iaitu penderitaan demi untuk saya dan juga manusia lain. Lepastu sa nampak
tangan Tuhan ada tanda lubang kesan paku.. dan Tuhan cakap.. “I love you this
much”.. Tuhan mengasihi saya hingga Dia mati di kayu salib untuk menebus dosa
saya dan smua manusia. Sa dapat rasakan kasih Tuhan yang mengalir dalam hati
saya pda saat itu dan sa berkata pada diri saya.. Kasih Tuhan itu cukup buat
saya, dan saya hanya perlukan Dia dalam hidup saya.
Semuanya
sudah selesai. Tapi sa percaya Roh Tuhan yang tidak terbatas akan terus bekerja
di dalam hidup para peserta dan juga kami yang menjadi fasi. Ini hanyalah satu
permulaan dan Tuhan yang telah mulakan pekerjaanNya dalam hidup kami akan terus
menerus menyertai sehingga selesai.
Terima
kasih kepada yang menyumbang dalam kem ini tidak kira dari segi kewangan atau
tenaga. Kami tidak dapat membalas semuanya itu, hanya Tuhan yang dapat membalas
jerih payah kalian.
Kenangan Oktober 2016.
Breakthru' Camp @ Keningau
Breakthru' Camp @ Keningau
Comments
Post a Comment