My Spontaneus Trip to Kudat 24-26 Jun 2016 :)

Haloha.

Pada Jumaat lalu selepas habis kelas, saya berfikir apa yang perlu saya lakukan sebab macam hujung minggu ni kali macam sangat free. Haha lalu saya berfikir, mau balik rumah tapi alang-alang sebab mau balik rumah sudah juga hujung minggu ni untuk cuti hari raya. Tambahan lagi saya pening memikirkan tentang lawatan ke kampung. Lalu saya bwsatapp sama Manda betfriend @ kaka rohani saya bahawa saya mau jalan-jalan ke kudat. Lalu dia kata jumm. Haha jadi sampai disitu saya terus balik bilik dan packing barang dan jalan terus naik bas ke kk dan seterusnya ke kudat. Wow. Keputusan yang cepat kan. :) . Ya begitu laitu. Saya suka yang spontan. Tidak perlu rancang banyak, jalan terus. 

Sekali, apabila di sana saya dapat rasa bahawa kedatangan saya ke sana bukanlah satu kebetulan tetapi rencana Allah. Kadang-kadang Tuhan gunakan gerak hati untuk menggerakkan kita ke sesuatu tempat yang Dia mau kita pergi. Jadi sepanjang di sana, saya dapat merasakan kasih Tuhan. Dapat jalan-jalan dan dapat menenagkan fikiran. Terlebih dari itu saya dapat mendengar keluhan atau cerita daripada seorang Pst yang melayani di kudat yang berjaya membuka fikiran saya untuk makin mencintai pelayanan. 

Saya mengikuti kebaktian di Gereja SIB Bandar Kudat. Saya dapat rasakan hadirat Tuhan melalui pujian dan penyembahan dan juga saya dapat dibangunkan lagi melalui Firman Tuhan yang disampaikan oleh PST Rey. Seorang Pst di Pulau Banggi. Khotbah yang disampaikan adalah, Nilai kepercayaan kita tidak dipengaruhi oleh seberapa tinggi pengetahuan kita dalam teologi. Nilai kepercayaan kita adalah nilai kematian Tuhan Yesus di kayu salib. Kemampuan kita untuk bertahan hingga ke akhir garisan juga tidak dipengaruhi oleh seberapa banyak pengetahuan kita akan kebenaran tetapi hati kita lah yang menentukan. Hati yang selalu berserah kepada Tuhan. Firman Tuhan jelas disampaikan dengan tegas tapi juga mempunyai unsur lucu diselitkan.

Saya semakin mengasihi Kudat seperti ada benih yang ditaburkan dalam hati saya untuk sentiasa berdoa untuk Bandar Kudat. Kalau lah saya dipostingkan di Kudat.. di pulau ka. Hehe

Saya  belajar sesuatu hari ini. Bahawa tidak semua orang sama seperti kita, sama fikiran sama visi dan misi. Bukan senang mau menjangkitkan misi kepada orang yang belum terbuka fikiran dan itu akhirnya membuat saya kecewa sendiri. Haha. Tapi tidak apa tetap fokus pada kehendak Tuhan dalam, hidup ini. Benar kata Pst Rey, manusia memang susah mau faham kehendak Tuhan. Saya pun begitu. Saya mau belajar untuk melakukan kehendak Tuhan. Saya mau belajar peka pada Tuntunan Tuhan. 

Bersambung kemudian... Next my  #spontaneustrip. 


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life