Tidak pernah kekurangan!
Tidak pernah kekurangan!
Shalom!
Damai Sejahtera Allah Menyertaimu, Amen.
Siapa
yang tidak pernah kekurangan??. Siapa yang pernah habis duit hingga tidak ada
seringgit pun di dompet??. Hehe. *angkat tangan, saya pernah. J
Saya
selalu berada dalam situasi ini. J Tapi setiap kali saya ada dalam situasi sukar ini.. ada saja
orang yang membantu saya. Tuhan tidak pernah sekali-kali membiarkan anak-anak
Nya. Dia Allah yang mengerti dan peduli apa yang dialami oleh anak-anak
kesayangan-Nya.
Saya
bersyukur kerana saya semakin faham dan semakin dikuatkan melalui
pengalaman-pengalaman lalu. Sejak beberapa tahun yang lalu, saya mengalami
kekurangan dalam hidup dari segi kewangan. Walaupun begitu, Allah mencukupkan
hidup saya dengan kekayaan-Nya yang luar biasa. Dalam saat kritikal sekalipun,
Tuhan tidak pernah terlambat dalam hal menolong. Tuhan boleh pakai orang di
sekeliling kita untuk menjadi tangan-Nya untuk membantu kita.
Apabila kita imbas kembali cerita
Lazarus dimana kakak-kakak Lazarus menangisi keadaan Lazarus yang mati. Tuhan Yesus
SENGAJA LAMBAT datang ke rumah Lazarus. Lalu kakak2 Lazarus mengatakan kepada
Yesus..”Tuhan, jikalau Engkau tidak terlambat datang, adik kami ini tidak akan
mati. Lalu Yesus berbelas kasihan melihat mereka menangisi kematian adik mereka.
Lalu Tuhan mengatakan bahawa, Lazarus tidak mati. Tetapi hanya Tidur. Kakak2
Lazarus tidak memahami apa yang dikatakan Yesus. Mereka memang tahu bahawa adik
mereka akan dibangkitkan suatu masa nanti tetapi mereka tidak menyangka bahawa
Tuhan Yesus membangkitkan adik mereka pada masa tersebut juga….
Terkadang
hal tersebut juga terjadi dalam hidup kita. J Kita menggangap bahawa Tuhan terlambat untuk menolong kita
dalam situasi sukar kita.. Tetapi Tuhan mungkin SENGAJA tidak menolong pada
saat itu juga.. kerana Dia ingin melihat sejauh mana kita mengandalkan Dia
dalam hidup kita. Tidak ada yang terlambat bagi Tuhan kita. Dia selalu tepat
pada waktu-Nya. Kita tidak perlu atur-atur Tuhan. “Tuhan, sa mau Kau begini,
begini,begini sekarang juga. Kalau tidak, saya tidak akan lagi menyembahMu”..
Hoi !!, siapa kita untuk memberi syarat kepada Tuhan??. Haha. Tuhan berdaulat
atas hidup kita. Diluar Tuhan, kita tidak dapat berbuat apa2.
Dalam kekurangan, dalam kekayaan,
dalam kesedihan, dalam kegembiraan… mari kita menetapkan hati kita, untuk
selalu mencari kerajaan Tuhan. Mengikut Tuhan dengan segenap hati kita.
Mengejar hadirat-Nya dalam hidup kita. Mari selalu bertindak dalam rasa takut
dan hormat kepada Tuhan. Tuhan kita Tuhan yang mencukupkan kepaerluan kita. J
Sesering mungkin, marilah kita selalu
melihat ke belakang untuk bersyukur hari ini, I am who I am today, I have, what
I have today because of HIM.
Comments
Post a Comment