Firman Tuhan
Pagi ini saya membaca alkitab sebelum jalan ke sekolah.. dan tiba-tiba sa belajar ini.. Yesaya 55 :10-11 (10) Sebab seperti hujan dan salju turun dari langit dan tidak kembali ke situ, melainkan mengairi bumi, membuatnya subur dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, memberikan benih kepada penabur dan roti kepada orang yang mau makan, (11) Demikianlah firman-Ku yang keluar dari mulut-Ku: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia, tetapi ia akan melaksanakan apa yang Kukehendaki, dan akan berhasil dalam apa yang Kusuruh kepadanya. Firman Tuhan diumpamakan seperti "hujan dan salju" yang turun dari langit dan tidak kembali ke langit tetapi melakukan fungsinya tersendiri iaitu 1) mengairi bumi 2) membuat tanah menjadi subur 3) menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan akhirnya 4) memberikan benih kepada penabur 5) memberi roti kepada yang mahu makan. Sepertinya satu proses. Demikian juga Firman Tuhan yang didengar, atau yang dibaca, atau dengan cara apapun Firman Tuhan dite...