Masa berlalu begitu cepat :)
Hello Hello.. Masa berlalu sangat pantas dan setelah perjalanan yang panjang, sa akhirnya kembali ke rumah lagi. pada 4Jan hingga 14jan, sa berada di Miri atau secara spesifik, berada di BEM On The Rock. disana.. untuk jadi fasilitator untuk jaga peserta BASIC school. Para peserta adalah para lepasan SPM dan STPM. Saya gembira ada pengalaman jaga mereka juga dapat berkenalan. Ini kali pertama saya pergi pelayanan tanpa team. Pada mulanya agak takut tapi akhirnya semakin berani. Sepanjang di sana, sa juga belajar melalui sesi yang disampaikan oleh para pastor. Saya terpaksa balik ke rumah (Ranau) pada 14 jan kerana mendapat mesej daripada pendidikan sabah untuk menghadiri taklimat di wisma pendidikan. Disingkatkan cerita, pada 16jan, kami diberi penempatan secara interim.. dan sa dapat sekolah di Bundu Tuhan, Ranau. Sa sangat terkejut sebab... bukan seperti apa yang saya mahu. Hati saya sangat menolak. Tapi, difikirkan kembali, saya juga perlu bersyukur.. disebalik semuany